Sebut nama komponen dalam prompt, AI lebih faham kehendak anda. Istilah ini piawai di seluruh dunia reka bentuk aplikasi (rujukan: component.gallery).
Butang untuk ditekan bagi melakukan sesuatu tindakan.
Contoh dalam prompt"Tambah 'button' hijau bertulis Simpan di bawah borang."
Kad kecil yang memegang satu unit maklumat.
Contoh dalam prompt"Paparkan setiap murid dalam 'card' berasingan."
Borang dengan medan untuk diisi pengguna.
Contoh dalam prompt"Bina 'form' pendaftaran dengan medan nama dan kelas."
Ruang menaip teks pendek.
Contoh dalam prompt"Letak 'text input' untuk nama penuh murid."
Senarai pilihan yang tersorok sehingga diklik.
Contoh dalam prompt"Guna 'dropdown' untuk pilihan tingkatan."
Kotak tanda untuk pilihan ya atau tidak.
Contoh dalam prompt"Tambah 'checkbox' untuk tanda kehadiran."
Butang bulat untuk memilih SATU daripada beberapa pilihan.
Contoh dalam prompt"Guna 'radio button' untuk jawapan A, B, C, D."
Tab untuk bertukar antara beberapa bahagian dalam satu skrin.
Contoh dalam prompt"Asingkan senarai murid dan laporan dalam dua 'tabs'."
Menu pergerakan utama app.
Contoh dalam prompt"Letak 'navigation' di bawah skrin dengan 3 ikon."
Kotak carian.
Contoh dalam prompt"Tambah 'search' untuk mencari nama murid dengan pantas."
Jadual baris dan lajur untuk data.
Contoh dalam prompt"Papar rekod markah dalam 'table' yang boleh disusun."
Tetingkap kecil yang timbul di tengah skrin untuk pengesahan.
Contoh dalam prompt"Tunjukkan 'modal' pengesahan sebelum padam rekod."
Notis kecil yang muncul sekejap kemudian hilang.
Contoh dalam prompt"Papar 'toast' berjaya disimpan selepas hantar borang."
Label kecil penanda status atau bilangan.
Contoh dalam prompt"Letak 'badge' merah menunjukkan bilangan belum semak."
Palang menunjukkan kemajuan.
Contoh dalam prompt"Tambah 'progress bar' menunjukkan soalan ke berapa."
Senarai yang boleh dikembang dan dilipat.
Contoh dalam prompt"Susun soalan lazim dalam 'accordion'."
Imej profil kecil pengguna.
Contoh dalam prompt"Papar 'avatar' dengan huruf pertama nama murid."
Paparan mesra apabila belum ada data.
Contoh dalam prompt"Papar 'empty state' bertulis Belum ada rekod, sila tambah."