LMS Juri AndroidVibe Coding · Johor 2026
Rujukan · Sedia Salin

Perpustakaan Prompt

Susun prompt anda mengikut empat bahagian ini setiap kali. Tidak perlu ayat teknikal, bahasa biasa sudah memadai.

Resipi Prompt: SIAPA + APA + RUPA + SYARAT

SIAPA

Siapa pengguna app ini

Contoh: murid Tahun 5 di sekolah rendah Malaysia

APA

Apa yang app perlu buat

Contoh: kuiz matematik 10 soalan dengan skor automatik

RUPA

Bagaimana rupa paparannya

Contoh: satu soalan satu skrin, 4 pilihan, warna ceria

SYARAT

Syarat tambahan

Contoh: Bahasa Melayu, tulisan besar, ada 'button' cuba semula

Koleksi prompt sedia guna

Tukar bahagian dalam [KURUNGAN] mengikut keperluan anda sebelum digunakan.

Level 1 Kuiz Interaktif (mana-mana subjek)
Bina aplikasi web kuiz [SUBJEK] untuk murid [TAHUN/TINGKATAN] di Malaysia. [BILANGAN] soalan objektif topik [TOPIK], satu soalan dipaparkan pada satu masa dengan 4 pilihan jawapan. Selepas jawab, terus tunjukkan betul atau salah. Di akhir kuiz paparkan skor dalam 'card' dengan 'button' untuk cuba semula. Gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dengan warna ceria dan tulisan yang besar.
Level 1 Sistem Rekod Kehadiran
Bina aplikasi web rekod kehadiran untuk satu kelas dengan 30 murid contoh (nama Melayu, Cina dan India yang pelbagai). Setiap murid ada tiga pilihan status: Hadir, Lewat, Tidak Hadir menggunakan 'button' berwarna. Tarikh hari ini dipaparkan di atas secara automatik. Ada ringkasan jumlah hadir di bahagian bawah dan 'search' untuk mencari nama. Boleh tambah dan padam murid. Gunakan Bahasa Melayu dengan reka bentuk bersih.
Level 1 Flashcard Istilah
Bina aplikasi flashcard untuk subjek [SUBJEK] topik [TOPIK] dengan 15 kad. Bahagian depan kad memaparkan istilah, klik kad untuk terbalikkan dan lihat maksudnya. Ada 'button' Seterusnya dan Sebelum, 'progress bar' menunjukkan kad ke berapa dan 'button' susun semula secara rawak. Gunakan Bahasa Melayu dengan animasi terbalik kad yang menarik.
Level 1 Sistem Tempahan Bilik Sekolah
Bina sistem tempahan bilik untuk sekolah dengan 5 bilik: Bilik Mesyuarat Utama, Makmal Komputer 1, Makmal Komputer 2, Dewan Kuliah dan Bilik Seminar. 'Form' tempahan mengandungi nama guru, bilik ('dropdown'), tarikh, masa mula dan masa tamat. Papar senarai tempahan hari ini dalam 'table' dan halang pertindihan masa untuk bilik yang sama dengan 'modal' amaran. Gunakan Bahasa Melayu.
Level 1 Roda Pemilih Nama Murid
Bina aplikasi web roda pemilih nama murid untuk guru di Malaysia. Mulakan dengan 30 nama murid contoh (nama Melayu, Cina dan India yang pelbagai) yang boleh ditambah, diedit dan dipadam melalui satu 'text input'. Ada 'button' besar Pusing yang memutarkan roda dengan animasi lancar dan berhenti pada satu nama secara rawak. Nama terpilih dipaparkan besar dalam 'card' dengan 'toast' ucapan tahniah. Ada 'toggle' pilihan buang nama yang sudah terpilih supaya tiada pengulangan. Gunakan Bahasa Melayu dengan warna ceria.
Level 1 Pemasa Aktiviti Kelas
Bina aplikasi web pemasa untuk aktiviti bilik darjah. Ada 'button' pilihan pantas 1 minit, 3 minit, 5 minit dan 10 minit, serta ruang untuk set masa sendiri. Nombor kiraan detik dipaparkan sangat besar supaya boleh dibaca dari belakang kelas. Warna latar bertukar hijau, kuning kemudian merah apabila masa semakin suntuk, dan ada bunyi loceng lembut apabila tamat. Sertakan 'button' Mula, Jeda dan Set Semula. Gunakan Bahasa Melayu.
Level 1 Papan Ganjaran Bintang Kelas
Bina aplikasi web papan ganjaran bintang untuk satu kelas dengan 30 murid contoh. Setiap murid dipaparkan dalam 'card' dengan 'avatar' huruf pertama nama, jumlah bintang semasa dan dua 'button' tambah serta tolak bintang. Papar senarai 3 murid teratas dalam bahagian Bintang Minggu Ini di atas dengan 'badge' emas, perak dan gangsa. Ada 'button' Set Semula Semua dengan 'modal' pengesahan sebelum memadam. Gunakan Bahasa Melayu dengan reka bentuk ceria dan mesra kanak-kanak.
Level 1 Penjejak Tugasan Guru
Bina aplikasi web penjejak tugasan untuk guru di Malaysia. Ada 'form' untuk tambah tugasan dengan medan nama tugasan, kategori ('dropdown': PdP, Pentadbiran, Kokurikulum, Peperiksaan) dan tarikh akhir. Tugasan dipaparkan dalam tiga 'tabs': Belum Mula, Sedang Buat dan Selesai, dan boleh dipindah antara tab dengan satu 'button'. Tugasan yang hampir tarikh akhir ditandakan dengan 'badge' merah. Ada 'search' di bahagian atas. Gunakan Bahasa Melayu dengan paparan kemas.
Level 1 Sistem Giliran Kantin
Bina aplikasi web sistem nombor giliran untuk kantin sekolah. Ada 'button' besar Ambil Nombor yang mengeluarkan nombor giliran seterusnya dan memaparkannya dalam 'card' besar. Paparan utama menunjukkan nombor yang sedang dilayan dengan tulisan sangat besar dan 'button' Panggil Seterusnya untuk petugas. Papar juga bilangan orang yang masih menunggu dan anggaran masa menunggu. Ada 'button' Set Semula Harian dengan 'modal' pengesahan. Gunakan Bahasa Melayu dengan paparan jelas dari jauh.
Level 2 Penyambung Apps Script ke Sheets
function doPost(e) { var sheet = SpreadsheetApp.getActiveSpreadsheet().getActiveSheet(); var data = JSON.parse(e.postData.contents); sheet.appendRow([data.nama, data.kelas, data.markah, new Date()]); return ContentService.createTextOutput(JSON.stringify({status: "ok"})) .setMimeType(ContentService.MimeType.JSON); } function doGet(e) { return ContentService.createTextOutput("Sambungan berjaya. Apps Script sedia menerima data."); }
Level 2 Borang Markah yang Hantar ke Sheets
Bina aplikasi web borang rekod markah untuk guru di Malaysia. Borang mengandungi 'form' dengan medan Nama Murid, Kelas ('dropdown') dan Markah (0 hingga 100). Apabila 'button' Simpan ditekan, hantar data secara POST dalam format JSON ke URL ini: URL_ANDA dengan medan nama, kelas dan markah. Guna mode 'no-cors'. Selepas berjaya, papar 'toast' berjaya disimpan dan kosongkan borang. Gunakan Bahasa Melayu dengan reka bentuk bersih dan moden.
Level 2 Kod Penuh untuk 'Deploy'
Berikan kod penuh aplikasi ini dalam SATU fail index.html sahaja, termasuk semua CSS dan JavaScript di dalamnya. Pastikan ia berfungsi sendiri tanpa fail lain.
Semua level Prompt Susulan Berguna
Tukar warna utama kepada hijau. Tambah 'button' padam untuk setiap baris. Besarkan tulisan supaya mudah dibaca di telefon. Tambah kiraan masa 20 saat setiap soalan. Asingkan paparan kepada dua 'tabs': Senarai dan Laporan. Papar 'toast' pengesahan selepas setiap tindakan. Jadikan paparan sesuai untuk skrin telefon ('mobile friendly').
Bengkel Kerja Peningkatan Kompetensi Panel Juri · Cabaran Pembangunan Aplikasi Android Peringkat Negeri Johor 2026
Ts. Ashraf bin Naim · Penolong Pegawai Pendidikan Daerah · Sektor Pengurusan Sekolah · PPD Kluang