Claude ialah platform utama bengkel ini, tetapi ia bukan satu-satunya. Jika kuota percuma habis atau anda mahu mencuba gaya lain, semua platform di bawah boleh digunakan dengan prompt yang sama. Maklumat kuota disemak pada Ogos 2026 dan mungkin berubah.
Platform utama bengkel. App terbina dalam panel di sebelah chat dan boleh dikongsi melalui pautan.
Kuota percumaPercuma dengan had penggunaan harian. Had ditetapkan semula selepas beberapa jam.
Sesuai untukAktiviti utama bengkel
AI Google dengan ciri 'Canvas' yang membina app sama seperti Claude. Log masuk dengan akaun Google sedia ada.
Kuota percumaPercuma dengan kuota tinggi, antara yang paling pemurah.
Sesuai untukPengganti terbaik bila kuota Claude habis
Khusus membina app penuh yang terus siap diterbitkan dengan alamat sendiri. Hasilnya memang bergaya app mudah alih moden dan boleh terus dibuka di telefon.
Kuota percumaPercuma 5 kredit sehari (sekitar 30 sebulan). Satu app mudah menggunakan 1 hingga 3 kredit.
Sesuai untukPeserta yang mahu rasa app 'mobile' penuh tanpa langkah 'deploy'
Bina app terus dalam pelayar dan boleh edit kod secara langsung di sebelahnya.
Kuota percumaPercuma dengan kuota 'token' harian yang terhad.
Sesuai untukPeserta yang mahu mengintai kod sambil membina
Daripada Vercel. Sangat mahir mereka bentuk antara muka yang cantik dan moden.
Kuota percumaKredit percuma setiap bulan.
Sesuai untukReka bentuk paparan yang lebih halus
Ciri membina app dalam Canva. Biasa bagi kebanyakan guru Malaysia.
Kuota percumaTermasuk dalam akaun Canva percuma dan Canva Pendidikan.
Sesuai untukGuru yang sudah selesa dengan Canva
Strategi bengkel: mulakan dengan Claude. Jika had harian habis, beralih ke Gemini dengan prompt yang sama. Cuba Lovable pula selepas bengkel untuk melihat bagaimana rupa app penuh yang terus 'live'. Semua kemahiran prompt yang dipelajari hari ini terpakai pada semua platform.